Wednesday 21 March 2018

Anda nilaikan sendiri- kemalangan kereta Uber Pandu Auto (video inside)..

Kenderaan Uber yang kemik akibat kemalangan tersebut...

Berdasarkan video dibawah, adakah kereta tersebut akan sempat berhenti jika dipandu oleh manusia ? Kalau saya yang pandu pun mungkin tak sempat brek kerana kawasan yang agak gelap....


Mangsa, Elaine Herzberg maut apabila dirempuh kenderaan pandu sendiri Uber ketika melintas jalan di Arizona. Kenderaan tersebut bergerak pada kelajuan 61km/h ketika ianya berlaku. Had laju di jalanraya tersebut ialah 72 km/h (45 mph). 

Selanjut di daily mail la...

Monday 26 February 2018

Rempit dikepung dan ditangkap polis di lebuhraya.....

Sekumpulan penunggang motorsikal telah dikepung di lebuhraya dan beberapa dari mereka berjaya ditangkap oleh pihak polis pada hari Sabtu lalu. 
Datuk Bandar Boston..
Pihak polis Boston berjaya menangkap penunggang tersebut disebuah lebuhraya di Massachusetts. Menurut datuk bandar Boston, Marty Walsh kumpulan penunggang tersebut menimbulkan kekacauan dan beberapa daripada mereka berjaya ditangkap.
Salah seorang daripada mereka, Aderito Monteiro telah didakwa kerana menganggu lalulintas, menunggang tanpa insurans kenderaan dan kenderaan tanpa didaftar. Monteiro mengaku tidak bersalah dan dikenakan bon USD2000.
Selanjutnya rujuk di akhbar Daily Mail...


Video Youtube