Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

Wednesday, 21 March 2018

Anda nilaikan sendiri- kemalangan kereta Uber Pandu Auto (video inside)..

Kenderaan Uber yang kemik akibat kemalangan tersebut...

Berdasarkan video dibawah, adakah kereta tersebut akan sempat berhenti jika dipandu oleh manusia ? Kalau saya yang pandu pun mungkin tak sempat brek kerana kawasan yang agak gelap....


Mangsa, Elaine Herzberg maut apabila dirempuh kenderaan pandu sendiri Uber ketika melintas jalan di Arizona. Kenderaan tersebut bergerak pada kelajuan 61km/h ketika ianya berlaku. Had laju di jalanraya tersebut ialah 72 km/h (45 mph). 

Selanjut di daily mail la...

Tuesday, 8 November 2016

Lagi Kes Jalan Runtuh Disyakki Akibat Pembinaan Laluan Keretapi Bawah Tanah...


Pembinaan laluan keretapi bawah tanah memang penting untuk mengelakkan gangguan trafik terutamanya di bandar-badar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi di bandaraya Fukuoka, Jepun, satu lubang besar sedalam 30 kaki terbentuk di jalanraya lima lorong . Kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak berkuasa Fukuoka tetapi disyaki berpunca daripada kerja-kerja pembinaan laluan keretapi bawah tanah berhampiran.

Fukuoka, bandaraya yang mempunyai hampir 1.5 juta penduduk dikejutkan oleh kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5 pagi Isnin, 7 November 2016. Ianya menyebabkan penduduk di bangunan berhampiran di arah berpindah atas faktor keselamatan. Kejadian sama pernah berlaku ketika pembinaan subway di Fukuoka pada 2014 namun lubangnya leboh kecil.

Selanjutnya rujuk sini-Daily Mail... 






Thursday, 26 September 2013

Darjah 4 - 10 tahun dah pandai mendera?

Kesian budak darjah satu ni...baru darjah satu dah jadi mangsa dera disekolah, penderanya pun kecik lagi...belum akil baligh.... sunat pun belum agaknya.... selanjutnya di Harian Metro..

Tuesday, 21 May 2013

Puting Beliung Melebihi 300km/h melanda Oklahoma, Amerika Syarikat....

Puting beliung melebihi 300km/h melanda Oklahoma dan 91 orang dikhuatiri maut. Hanya 1 peratus puting beliung dapat mengatasi kelajuan tersebut dan ianya amat menakutkan. Terdapat saksi yang menyatakan kuda dan barang-barang berterbangan dilanda ribut tersebut. Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa dibawah runtuhan bangunan.. Selanjutnya baca sini di The Sun...