Showing posts with label Unik. Show all posts
Showing posts with label Unik. Show all posts

Monday, 26 February 2018

Rempit dikepung dan ditangkap polis di lebuhraya.....

Sekumpulan penunggang motorsikal telah dikepung di lebuhraya dan beberapa dari mereka berjaya ditangkap oleh pihak polis pada hari Sabtu lalu. 
Datuk Bandar Boston..
Pihak polis Boston berjaya menangkap penunggang tersebut disebuah lebuhraya di Massachusetts. Menurut datuk bandar Boston, Marty Walsh kumpulan penunggang tersebut menimbulkan kekacauan dan beberapa daripada mereka berjaya ditangkap.
Salah seorang daripada mereka, Aderito Monteiro telah didakwa kerana menganggu lalulintas, menunggang tanpa insurans kenderaan dan kenderaan tanpa didaftar. Monteiro mengaku tidak bersalah dan dikenakan bon USD2000.
Selanjutnya rujuk di akhbar Daily Mail...


Video Youtube




Wednesday, 7 September 2016

iPhone 7 dilancarkan....kalis air tu....


Bagi peminat iPhone, Apple telah melancarkan produk terbaru mereka iPhone 7 yang kalis air , kalis habuk dan dual lensa tetapi tiada slot untuk headphone. Harga bermula dari USD 649 dan versi iPhone 7 plus pada USD 769.. selanjutnya boleh baca di web Daily Mail
Dual lens...

Wartawan mencuba iPhone 7...

tipis

earphone khas untuk iPhone...dijual berasingan...


Aku pakai xperia je la...kalis air juga...

Wednesday, 27 July 2016

Haiwan Saiz Besar...

Beberapa haiwan yang bersaiz besar daripada normal. Banyak belanja kalau dibela....

Arnab seberat 24 kg...

Tinggi 7 kaki 4 inci...

Hampir 15 kilo tu....

Kuda 10 kaki tinggi...

Lembu setinggi 6 kaki 4 inci...
Selebih tengok di sini....

Friday, 22 January 2016

Jambang baik untuk kesihatan...?

Sebuah kajian di Journal of Hospital Infection mendapati wajah lelaki yang menyimpan jambang adalah lebih bersih dan menghalang bakteria berbanding mereka yang bercukur bersih. Kajian mendapati mereka yang bercukur bersih mempunyai kecenderungan tinggi untuk memiliki bakteria seperti  Staphylococcus Aureus berbanding mereka yang berjambang. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kulit, pernafasan serta keracunan makanan. Untuk lanjutan lanjut boleh baca artikel di Th Sun ni...
Aku pula boleh simpan janggut bawah dagu aje...jambang taknak tumbuh pula...

Tuesday, 17 February 2015

Cantik dan sasa...

Matanya memukau....
Gadis 18 tahun ini berwajah manis, mata yang memukau tapi beliau memegang rekod angkat berat dan boleh mengangkat hampir 180kg pemberat. Julia Vins dari Russia menyatakan kebanyakan lelaki mencemburui tubuh badannya yang sasa...tapi pada aku matanya memang memukau, hijau tenang.... Selanjutnya di keratan ini ...ada videonya sekali kalau nak tonton...


Gambar lama sebelum menyukai angkat berat...


Kerja keras....badan keras...


Bersama teman lelakinya...

Sasa....

Monday, 16 February 2015

Sunday, 3 August 2014

Beraya dengan janggut berbunga....!!


Siapa sanggup keluar rumah dengan janggut berbunga? nampaknya fesyen janggut berbungga telah mula popular ke atau aku yang tertinggal kapal....


Sumber - Google, Daily Mail

Tuesday, 15 April 2014

Papan Luncur berharga RM48,780!!


Siapa nak main papan luncur (skateboard) disalut emas tulin?? Sanggup bayar RM48,780 boleh aje...Ianya dikatakan papan luncur termahal dan pembuatnya menyatakan pembeli perlu memakai sarung tangan untuk mengelakkan ia berbekas ...Oleh kerana kandungan emasnya, beratnya 80 peratus lebih berat daripada berat papan luncur biasa... Selanjutnya baca sini....di Daily Mail....

Tuesday, 4 March 2014

Pembuat jam berharga RM 2,735,000... 8 tahun baru siap selepas tempah!!

Fokus, teliti, masa....
Seorang pembuat jam di Isle of Man mengambil masa hampir 8 tahun untuk membuat jam tangan yang ditempah pelanggannya. Ini kerana dalam setahun, Robert W. Smith hanya berupaya menyiapkan 10 jam tangan sahaja, namun dia bertekad meningkatkan pengeluarannya kepada....12 setahun. Setakat ini baru ada 50 orang yang memiliki jam tangan buatannya dan harga jam tangan dari £ 85,000 ke £ 500,000 sebuah... Kalau tengah buat dia bersin, kena bermula dari awal semula.... Selanjutnya di Daily Mail... 


Robert W Smith (kiri)..


Mesin canggih...?


Sunday, 24 November 2013

Gudang Amazon bagaikan hutan Amazon......................

Seorang pekerja Amazon, Adam Litter mendakwa beliau berjalan hampir 11 batu sehari ketika berkerja syif malam melebihi 10 jam di salah sebuah gudang Amazon di Swansea. Menurut Daily Mail , Adam menyatakan dia perlu mendapatkan pesanan pelanggan setiap 33 saat dan perlu mencapai tahap piawai tinggi yang ditetapkan. Namun pihak pengurusan Amazon menafikan dakwaan tersebut...
Lihat sendiri keadaan di gudang ...

Kalau betul memang rajin kot pekerja disitu...

Monday, 30 September 2013

Lelaki "kahwin" dua dengan...

Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat "berkahwin" dengan patung yang diberi nama Sidore Kuroneko. Lelaki tersebut, Davecat berkata dia membeli patung itu daripada pengilang patung Realdoll dengan harga USD6000.00 setelah mengumpul wang selama setahun. Dia juga menyatakan keputusannnya untuk bersama patung setelah beberapakali hubungan dengan wanita menemui kegagalan. Selain itu patung itu juga menurutnya kekal serupa tiada perubahan, tidak curang serta tidak menilai dirinya. Selain Sidore, Davecat juga mempunyai patung lain iaitu Elena yang dibeli dari Russia sebagai patung simpanan dan teman buat Sidore................................boleh pulak ada patung simpanan, tak dapat setia dengan satu...??
Selanjut di metro dan sini......   
Sidore dan Elena...


Wednesday, 17 July 2013

Conteng di tandas?? Vandalism...?

Pernahkah anda menconteng di tandas? Kalau di Malaysia selalunya nombor telefon dan gambar lucah yang diconteng di dinding tandas....tapi di luar negara agak kreatif....




Selanjutnya boleh lihat   The Sun


Wednesday, 10 July 2013

Strawberi yang pelik?...

Seorang surimah di Dartfort, UK mendapati pokok strawberi dilaman rumahnya berbuah yang agak lucah pada pandangannya...
Selanjutnya di The Sun UK