Showing posts with label harga. Show all posts
Showing posts with label harga. Show all posts

Wednesday, 7 September 2016

iPhone 7 dilancarkan....kalis air tu....


Bagi peminat iPhone, Apple telah melancarkan produk terbaru mereka iPhone 7 yang kalis air , kalis habuk dan dual lensa tetapi tiada slot untuk headphone. Harga bermula dari USD 649 dan versi iPhone 7 plus pada USD 769.. selanjutnya boleh baca di web Daily Mail
Dual lens...

Wartawan mencuba iPhone 7...

tipis

earphone khas untuk iPhone...dijual berasingan...


Aku pakai xperia je la...kalis air juga...

Tuesday, 15 April 2014

Papan Luncur berharga RM48,780!!


Siapa nak main papan luncur (skateboard) disalut emas tulin?? Sanggup bayar RM48,780 boleh aje...Ianya dikatakan papan luncur termahal dan pembuatnya menyatakan pembeli perlu memakai sarung tangan untuk mengelakkan ia berbekas ...Oleh kerana kandungan emasnya, beratnya 80 peratus lebih berat daripada berat papan luncur biasa... Selanjutnya baca sini....di Daily Mail....

Tuesday, 4 March 2014

Pembuat jam berharga RM 2,735,000... 8 tahun baru siap selepas tempah!!

Fokus, teliti, masa....
Seorang pembuat jam di Isle of Man mengambil masa hampir 8 tahun untuk membuat jam tangan yang ditempah pelanggannya. Ini kerana dalam setahun, Robert W. Smith hanya berupaya menyiapkan 10 jam tangan sahaja, namun dia bertekad meningkatkan pengeluarannya kepada....12 setahun. Setakat ini baru ada 50 orang yang memiliki jam tangan buatannya dan harga jam tangan dari £ 85,000 ke £ 500,000 sebuah... Kalau tengah buat dia bersin, kena bermula dari awal semula.... Selanjutnya di Daily Mail... 


Robert W Smith (kiri)..


Mesin canggih...?


Monday, 30 July 2012

Harga kereta Malaysia? Jepun? Kos ownership??

Ramai beranggapan harga kereta di Malaysia perlu semurah di Jepun, tapi adakah kos pemilikan di Jepun murah??
Di Jepun, kereta di kategori dua jenis yang mempunyai kos pemilikan yang berbeza iaitu plet putih dan plet kuning... Plet putih kereta saiz biasa dan plet kuning saiz kecil/sempit, cc kecil dan hanya digunakan dalam bandar sahaja ( cth Mira, Kenari, Kelisa)...
Katalah kereta plet putih dibeli.. harga standard kereta baru terendah 1juta yen..Cukai beli kereta 5% - 50,000 yen. Shaken, kos pemeriksaan kereta 120,000 yen(boleh up lagi), Insurans Liabiliti 30,000 yen, cukai jalan 30,000 yen,  cukai berdasarkan berat kereta dalam 50,000 yen, daftar nama- 10,000 yen . Total lebih kurang 1,290,000 yen.. lebih kurang RM51,987( 1yen= RM0.0403). Sebelum boleh daftar kereta kena buktikan ada tempat untuk parking.. Kos-kos lain minyak dalam 110yen (RM4.43), parking luar antara 100-500 yen sejam (RM4-20 sejam), tol ikut tempat dan maintenance dalam 20000 yen setahun.. Shaken perlu dilakukan setiap dua tahun sekali... Untuk kereta berusia lebih 10 tahun mini shaken perlu dilakukan antara tahun shaken..lebih kurang setiap tahun ada pemeriksaan ler... Anyway industri kereta adalah antara industri utama di Jepun...
Kita nantikan saja bila duti eksais diturunkan adakah akan ada kos lain di Malaysia nanti...