Tuesday 11 March 2014

Misteri MH370.......

Pelbagai teori tentang kehilangan penerbangan MH370. Ini beberapa soal jawab yang diceduk dari Daily Mail...
1. Mengapa terdapat waris yang menyatakan telefon bimbit penumpang dapat dihubungi?
Jawapan-> Kalau dapat dihubungi ini bermakna mereka di daratan atau berhampiran dengan menara telekomunikasi. Namun agak pelik jika tiada siapa di daratan nampak pesawat ini. Pakar telefon bimbit agak skeptikal tentang situasi ini kerana menurut mereka jika telefon bimbit tiada kuasa bateri, jika dihubungi seringkali ia kedengaran seperti ia berdering sebelum panggilan pergi ke voicemail....
2. Mengapa 'Black Box" tidak mendedahkan lokasi pesawat?
Jawapan -> Selalunya setelah pesawat terhempas, barulah black box akan mengeluarkan isyarat namun jarak keluasan isyarat antara 2000-3000 kaki dan akan berkurangan jika ianya dibawah air....
3. Adakah terdapat kawasan didunia yang pesawat boleh 'hilang dari radar'?
Jawapan->Agak banyak... Sesetengah kawasan di Afrika, pendalaman Russia dan kawasan hutan tebal....
4. Jika pesawat meletup diudara, mengapa tidak dikesan satelit?
Jawapan-> Amerika pun tidak berkeupayaan merekod seluruh pelusok dunia dan ada kemungkinan satelit tidak merakam apa-apa yang berlaku...
Ada banyak lagi persoalan ? Rujuk je la link Daily Mail tu... Semoga pesawat tersebut akan dijumpai secepat mungkin, doakanlah yang terbaik...

No comments:

Post a Comment