Thursday 27 December 2012

Gangnam...?


Lagu Gangnam Style popular sungguh di Malaysia... So apa dia Gangnam? Mengikut mr wikiwiki Daerah Gangnam salah satu daripada 25 gu (daerah tempatan) di Bandaraya Seoul. Maksudnya Sungai Han Selatan.. Sehingga tahun 80an kawasan Gangnam kurang membangun namun pembangunan pesat beberapa tahun kebelakang menyaksikan ia membangun jadi kawasan yang dinamik dan berpengaruh. Tahun 2009 ia dianggap istimewa oleh US..Penduduk Gangnam berjumlah 527,641 manusia dengan luas 39.5km persegi...
Lagi gambar daerah Gangnam...dari Goggle..





Jadi, Gangnam ni lebih kurang Bangsar atau Bukit Bintang?

Tuesday 27 November 2012

Beza Sport Rim China, Taiwan dan lain-lain..

Gambar Contoh..ori CE28... replika pun ada...
Di Malaysia ramai yang suka tukar sport rim untuk modifikasi kereta. Ramai juga yang beli replika kerana kalau ori 'Made in Japan' terlalu mahal. Replika pula ada Taiwan atau China. Di blog autokinetics ada dikongsikan cara-cara pembuatan sport rim dan bagaimana membezakannya.. Berguna juga kalau ingin waspada nak beli ori Japan made tapi terbeli replika dengan harga seperti premium Made in Japan..Rim yang kurang kualiti pembuatannya boleh mengakibatkan gegaran stering, sukar dikawal, kos minyak malah boleh mengakibat kemalangan...
Rim kualiti menurut blog tersebut berdasarkan pembinaannya:- Gravity Casted rims<low pressured Casted Rims<High Pressured Casted Rim<Liquid Forged Rims/Forged Rims/Billet Machine Rims..
Rim buatan China biasanya menggunakan Gravity Casted, manakala Taiwan pula selalunya guna teknik Low Pressured Casted. Roll Forged dan Liquid Forged pun ada ...Rim Jepun selalunya guna teknik Pressured dan Forged manakala Rim dari Eropah guna teknik low pressured dan ada juga guna forged.

Teknik Graviti Casting
Ini merupakan teknik termurah dan paling mudah untuk hasilkan sport rim..Rim yang terhasil cara ini biasanya berat, kurang bulat, perlu balancing ..
teknik Graviti Casting..
contoh rim Graviti casting..
tidak sekata, terdapat benjolan udara..
Ia mungkin amat murah, tapi awas boleh merbahaya jika suka memandu laju...

Teknik Low Pressure casting
Teknik ini mahal sikit berbanding teknik Gravity Casting. Kelebihannya kurang kaviti udara dalam rim dan  densiti rim lebih sekata- tak mudah retak.. Kebanyakkan rim sebegini dibuat di Jepun dan Eropah..malah ada juga buatan Taiwan... Thailand? kena check website pengeluar..
Low Pressure Casting
Kelebihan teknik ini, kurang terdedah kepada udara ketika proses penyejukan alloy serta rim akan lebih keras kerana sebaran alloy yang sekata. Namun disebabkan teknik casting ia tetap terdapat kaviti udara..
Kualiti pembuatan lebih sekata..
Teknik High Pressure Casting
Untuk teknik Casting ini merupakan yang terbak tetapi agak mahal kos pengilangannya. Rimnya biasa lebih tepat, namun kerana teknik casting tetap terdapat kaviti udara tetapi agak marginal...
Rim sebegini lebih keras, lebih ringan dan kemasan yang sekata. ENKEI dan SSR antara yang guna teknik ini.

Teknik Roll/Rotary Forged
Rim yang dihasilkan teknik ini agak jarang dan mahal serta selalunya saiz besar iaitu 18" keatas. Roll Forged secara asasnya teknik casted tetapi gelung rim (barrel) diberikan perhatian khusus menjadikannya lebih kukuh.
terdapat garis-garis halus..
Liquid Forging
Rim Liquid Forging dihasilkan melalui kaedah berteknologi untuk dikeluarkan. Secara asasny logam cecair dimasukkan dalam rangka (mould) dan disejukkan melalui tekanan tinggi secara keseluruhan (komprehensif).

Hasilnya kejituan rim lebih tepat, tiada kaviti udara, permukaan rim sekata, sangat ringan tapi kukuh..
permukaan belakang licin dan sekata..
Rim Liquid Forged agak sukar dicari kerana tidak banyak pengeluarnya. Namun kalau jumpa yang second hand agak berbaloi kerana kejituan rimnya dan selalunya tidak perlu penambah berat untuk balancing kerana bulat rim tersebut agak tepat dan sukar bengkok atau tidak sekata..

Cold Forging
Rim Cold forging terhasil seperti kaedah pembuatan pedang samurai..Jitu, sangat ringan dan kukuh tetapi amat mahal selalunya untuk kereta prestasi tinggi.. boleh cecah hingga RM5000 per rim (bukan satu set!)..

Teknik Cold Forging..
Video beza replica dan original....


Untuk maklumat selanjut boleh pergi website rim berikut...
enkei
ssr
advanti
rota wheels- kalau ada gambar kereta sendiri boleh test rim yg ada masyuk tak..
volks racing
wheelbasealloys
ori rota wheels- buatan Filipina
wedssport rims...
Artikel menarik tentang rim alloy ---> torque cars

Tuesday 30 October 2012

Banjir di New York bila Sandy mengganas..

Sebahagian daripada New York dilanda banjir apabila dilanda taufan Sandy... Saksikan sendiri gambar-gambar dipetik daripada The Sun. Saksi menyatakan ia seperti berada dalam filem tentang bencana alam.....



Kalau kat Kuala Lumpur macamana? tapi dah berlaku beberapa tahun lalu..

Wednesday 10 October 2012

Kereta berkulit ular??

Gambar dari the Sun
Kurang pasti sama ada kereta ini digunakan dijalanraya atau untuk pameran sahaja..Sebuah syarikat modifikasi kereta di Latvia, Dartz Motorz mengubahsuai sebuah Bentley dengan disaluti kulit ular. Menurut the Sun ianya akan mula dijual pada tahun 2013 iaitu bersempena dengan tahun ular mengikut kalendar lunar Cina. Bahagian dalaman juga akan disaluti kulit ular. Kos pengubahsuaian tersebut lebih kurang £8000.00 mungkin lebih lagi... Pemilik syarikat Dartz Motorz Leonard F Yankelovich menjangka gaya ini akan popular pada 2013... apa pendapat pencinta haiwan - PETA?? .. berkurangan ler ular terutamanya yang besar-besar.. Kat Malaysia macamana, ada yang berani ??
Berita selanjutnya rujuk the Sun

Tuesday 28 August 2012

Malaysians are coward?

Refer here
It shown a customer being assaulted at a petrol station at R&R Kulim Expressway, Butterworth, Penang. Another customer stop by but look at it as if it was none of his business to help another human being....

Somebody please...

Wednesday 15 August 2012

Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Actually, my intention for this blog is to update it on daily basis... but due to my busy schedule (really?) so currently I will update monthly... Now, few pics at Bukit Bintang, Kuala Lumpur.. I've lived here few years ago... at Jalan Berangan...now not anymore... At crossroad... just like my life... always at crossroads...

 







Monday 30 July 2012

Harga kereta Malaysia? Jepun? Kos ownership??

Ramai beranggapan harga kereta di Malaysia perlu semurah di Jepun, tapi adakah kos pemilikan di Jepun murah??
Di Jepun, kereta di kategori dua jenis yang mempunyai kos pemilikan yang berbeza iaitu plet putih dan plet kuning... Plet putih kereta saiz biasa dan plet kuning saiz kecil/sempit, cc kecil dan hanya digunakan dalam bandar sahaja ( cth Mira, Kenari, Kelisa)...
Katalah kereta plet putih dibeli.. harga standard kereta baru terendah 1juta yen..Cukai beli kereta 5% - 50,000 yen. Shaken, kos pemeriksaan kereta 120,000 yen(boleh up lagi), Insurans Liabiliti 30,000 yen, cukai jalan 30,000 yen,  cukai berdasarkan berat kereta dalam 50,000 yen, daftar nama- 10,000 yen . Total lebih kurang 1,290,000 yen.. lebih kurang RM51,987( 1yen= RM0.0403). Sebelum boleh daftar kereta kena buktikan ada tempat untuk parking.. Kos-kos lain minyak dalam 110yen (RM4.43), parking luar antara 100-500 yen sejam (RM4-20 sejam), tol ikut tempat dan maintenance dalam 20000 yen setahun.. Shaken perlu dilakukan setiap dua tahun sekali... Untuk kereta berusia lebih 10 tahun mini shaken perlu dilakukan antara tahun shaken..lebih kurang setiap tahun ada pemeriksaan ler... Anyway industri kereta adalah antara industri utama di Jepun...
Kita nantikan saja bila duti eksais diturunkan adakah akan ada kos lain di Malaysia nanti...

Tuesday 19 June 2012