Tuesday 8 November 2016

Lagi Kes Jalan Runtuh Disyakki Akibat Pembinaan Laluan Keretapi Bawah Tanah...


Pembinaan laluan keretapi bawah tanah memang penting untuk mengelakkan gangguan trafik terutamanya di bandar-badar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi di bandaraya Fukuoka, Jepun, satu lubang besar sedalam 30 kaki terbentuk di jalanraya lima lorong . Kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak berkuasa Fukuoka tetapi disyaki berpunca daripada kerja-kerja pembinaan laluan keretapi bawah tanah berhampiran.

Fukuoka, bandaraya yang mempunyai hampir 1.5 juta penduduk dikejutkan oleh kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5 pagi Isnin, 7 November 2016. Ianya menyebabkan penduduk di bangunan berhampiran di arah berpindah atas faktor keselamatan. Kejadian sama pernah berlaku ketika pembinaan subway di Fukuoka pada 2014 namun lubangnya leboh kecil.

Selanjutnya rujuk sini-Daily Mail...