Tuesday 3 December 2013

Paul Walker -Fast n Furious- meninggal dalam kemalangan jalanraya...

Paul Walker, 40 tahun meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan kereta Porsche Carrera GT pada hari sabtu lalu. Pelakon yang terkenal dengan watak Brian dalan siri Fast n Furious meninggalkan seorang anak perempuan Meadow berusia 15 tahun. Kereta tersebut dipandu oleh Roger Rodas, 38 tahun ketika kejadian.
Walker sejurus sebelum menaiki Porsche Carrera ...
Menurut polis Santa Clarita Valley, tiada kereta lain yang terbabit dan polis masih menyiasat kelajuan sebenar ketika kejadian.
Gambar-gambar... sumber Daily Mail



Bersama kekasih Jasmine Pilchard Gosnell, 23 tahun..

Bersama anaknya Meadow (kanan sekali)...





Sunday 24 November 2013

Gudang Amazon bagaikan hutan Amazon......................

Seorang pekerja Amazon, Adam Litter mendakwa beliau berjalan hampir 11 batu sehari ketika berkerja syif malam melebihi 10 jam di salah sebuah gudang Amazon di Swansea. Menurut Daily Mail , Adam menyatakan dia perlu mendapatkan pesanan pelanggan setiap 33 saat dan perlu mencapai tahap piawai tinggi yang ditetapkan. Namun pihak pengurusan Amazon menafikan dakwaan tersebut...
Lihat sendiri keadaan di gudang ...

Kalau betul memang rajin kot pekerja disitu...

Monday 30 September 2013

Lelaki "kahwin" dua dengan...

Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat "berkahwin" dengan patung yang diberi nama Sidore Kuroneko. Lelaki tersebut, Davecat berkata dia membeli patung itu daripada pengilang patung Realdoll dengan harga USD6000.00 setelah mengumpul wang selama setahun. Dia juga menyatakan keputusannnya untuk bersama patung setelah beberapakali hubungan dengan wanita menemui kegagalan. Selain itu patung itu juga menurutnya kekal serupa tiada perubahan, tidak curang serta tidak menilai dirinya. Selain Sidore, Davecat juga mempunyai patung lain iaitu Elena yang dibeli dari Russia sebagai patung simpanan dan teman buat Sidore................................boleh pulak ada patung simpanan, tak dapat setia dengan satu...??
Selanjut di metro dan sini......   
Sidore dan Elena...


Thursday 26 September 2013

Darjah 4 - 10 tahun dah pandai mendera?

Kesian budak darjah satu ni...baru darjah satu dah jadi mangsa dera disekolah, penderanya pun kecik lagi...belum akil baligh.... sunat pun belum agaknya.... selanjutnya di Harian Metro..

Monday 26 August 2013

Masih ada lagi yang tak belajar...


Adakah kes ini ibunya tak baca suratkhabar? Ataupun tak ambil kisah tentang anaknya, janji diri sendiri senang...
Di Hospital Fatimah, Ipoh, Perak, seorang kanak-kanak nyaris lemas setelah ditinggalkan ibunya didalam sebuah MPV dengan tingkap tertutup dan enjin dimatikan.Dia diselamatkan setelah seorang anggota bomba berjaya memujuknya membuka kunci kereta dari dalam. Kanak-kanak tersebut didapati berpeluh-peluh. Setelah dikeluarkan barulah ibunya tiba di MPV tersebut... berita selanjutnya  di sini..
Semoga semua ibubapa/penjaga sekelian lebih prihatin selepas ini.

Wednesday 17 July 2013

Conteng di tandas?? Vandalism...?

Pernahkah anda menconteng di tandas? Kalau di Malaysia selalunya nombor telefon dan gambar lucah yang diconteng di dinding tandas....tapi di luar negara agak kreatif....




Selanjutnya boleh lihat   The Sun


Wednesday 10 July 2013

Strawberi yang pelik?...

Seorang surimah di Dartfort, UK mendapati pokok strawberi dilaman rumahnya berbuah yang agak lucah pada pandangannya...
Selanjutnya di The Sun UK

Tuesday 28 May 2013

Bayi dibuang dilubang tandas berjaya diselamatkan... (bergambar)

Seorang bayi baru lahir seberat 5 paun  diselamatkan dari saluran tandas setelah di pam disebuah kawasan flat. Bomba datang untuk menyelamatkan bayi tersebut setelah mendapat aduan daripada penduduk flat yang mendengar tangisan bayi tersebut. Para bomba dan doktor terpaksa menggunakan gergaji dan playar untuk mengeluarkan bayi itu daripada paip tersebut. Bayi tersebut kini dalam proses pemulihan di inkubator di Wilayah Jinhua, China. Kejam betul siapa yang buang bayi tu....... Selanjutnya di The Sun...video pun ada disitu..




Doktor sedang berusaha....

Tuesday 21 May 2013

Puting Beliung Melebihi 300km/h melanda Oklahoma, Amerika Syarikat....

Puting beliung melebihi 300km/h melanda Oklahoma dan 91 orang dikhuatiri maut. Hanya 1 peratus puting beliung dapat mengatasi kelajuan tersebut dan ianya amat menakutkan. Terdapat saksi yang menyatakan kuda dan barang-barang berterbangan dilanda ribut tersebut. Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa dibawah runtuhan bangunan.. Selanjutnya baca sini di The Sun...



Tuesday 16 April 2013

Gambar realistik....lukisan yang nampak macam betul...

Melihat gambar-gambar dibawah teringat masa kecil selalu menyauk ikan di sungai dan parit. Kadang-kadang dapat jugak udang, ketam, anak pepatung (tuyuq) dan lain-lain. Selalunya dapat ikan puyu, seluang, anak keli, haruan dan ikan julung-julung.... Bestnya kalau dapat kembali zaman tu...tiada kerisauan langsung, cuma risau kalau kantoi godak parit jer....



sumber The Sun

Tuesday 19 March 2013

Bila Neon Gagal....

Lihat je la... apa yang tersirat pada gambar............
sedap ker??
ada berani masuk??
aik...
Banyak lagi kat sini....tengok ler sendiri...

Sunday 24 February 2013

Isu kalimah Allah....mana letaknya pemikiran anda...

Gambar atas menunjukkan pemprotes tentang isu kalimah Allah..... gambar-gambar selanjutnya boleh tengok kat sini... Agaknya macamana ler pemikiran mereka nih? tengok muka?? hmmm... aku setuju dengan apa yang si Noob tu tulis.. ... selanjutnya tentang isu nih boleh rujuk sini...

Tuesday 29 January 2013

Ada berani ambil gambar begini..?

Seorang jurugambar wanita dari Korea Selatan gemar mengambil gambarnya berada di tebing bangunan tinggi..Menurutnya jarang sekali tindakannya itu disedari oleh mereka di sekelilingnya .. Berita selanjutnya di The Sun. Kalau aku ler , berpeluh tanpak tangan kot... terutama gambar terakhir tu.....