Tuesday 27 November 2012

Beza Sport Rim China, Taiwan dan lain-lain..

Gambar Contoh..ori CE28... replika pun ada...
Di Malaysia ramai yang suka tukar sport rim untuk modifikasi kereta. Ramai juga yang beli replika kerana kalau ori 'Made in Japan' terlalu mahal. Replika pula ada Taiwan atau China. Di blog autokinetics ada dikongsikan cara-cara pembuatan sport rim dan bagaimana membezakannya.. Berguna juga kalau ingin waspada nak beli ori Japan made tapi terbeli replika dengan harga seperti premium Made in Japan..Rim yang kurang kualiti pembuatannya boleh mengakibatkan gegaran stering, sukar dikawal, kos minyak malah boleh mengakibat kemalangan...
Rim kualiti menurut blog tersebut berdasarkan pembinaannya:- Gravity Casted rims<low pressured Casted Rims<High Pressured Casted Rim<Liquid Forged Rims/Forged Rims/Billet Machine Rims..
Rim buatan China biasanya menggunakan Gravity Casted, manakala Taiwan pula selalunya guna teknik Low Pressured Casted. Roll Forged dan Liquid Forged pun ada ...Rim Jepun selalunya guna teknik Pressured dan Forged manakala Rim dari Eropah guna teknik low pressured dan ada juga guna forged.

Teknik Graviti Casting
Ini merupakan teknik termurah dan paling mudah untuk hasilkan sport rim..Rim yang terhasil cara ini biasanya berat, kurang bulat, perlu balancing ..
teknik Graviti Casting..
contoh rim Graviti casting..
tidak sekata, terdapat benjolan udara..
Ia mungkin amat murah, tapi awas boleh merbahaya jika suka memandu laju...

Teknik Low Pressure casting
Teknik ini mahal sikit berbanding teknik Gravity Casting. Kelebihannya kurang kaviti udara dalam rim dan  densiti rim lebih sekata- tak mudah retak.. Kebanyakkan rim sebegini dibuat di Jepun dan Eropah..malah ada juga buatan Taiwan... Thailand? kena check website pengeluar..
Low Pressure Casting
Kelebihan teknik ini, kurang terdedah kepada udara ketika proses penyejukan alloy serta rim akan lebih keras kerana sebaran alloy yang sekata. Namun disebabkan teknik casting ia tetap terdapat kaviti udara..
Kualiti pembuatan lebih sekata..
Teknik High Pressure Casting
Untuk teknik Casting ini merupakan yang terbak tetapi agak mahal kos pengilangannya. Rimnya biasa lebih tepat, namun kerana teknik casting tetap terdapat kaviti udara tetapi agak marginal...
Rim sebegini lebih keras, lebih ringan dan kemasan yang sekata. ENKEI dan SSR antara yang guna teknik ini.

Teknik Roll/Rotary Forged
Rim yang dihasilkan teknik ini agak jarang dan mahal serta selalunya saiz besar iaitu 18" keatas. Roll Forged secara asasnya teknik casted tetapi gelung rim (barrel) diberikan perhatian khusus menjadikannya lebih kukuh.
terdapat garis-garis halus..
Liquid Forging
Rim Liquid Forging dihasilkan melalui kaedah berteknologi untuk dikeluarkan. Secara asasny logam cecair dimasukkan dalam rangka (mould) dan disejukkan melalui tekanan tinggi secara keseluruhan (komprehensif).

Hasilnya kejituan rim lebih tepat, tiada kaviti udara, permukaan rim sekata, sangat ringan tapi kukuh..
permukaan belakang licin dan sekata..
Rim Liquid Forged agak sukar dicari kerana tidak banyak pengeluarnya. Namun kalau jumpa yang second hand agak berbaloi kerana kejituan rimnya dan selalunya tidak perlu penambah berat untuk balancing kerana bulat rim tersebut agak tepat dan sukar bengkok atau tidak sekata..

Cold Forging
Rim Cold forging terhasil seperti kaedah pembuatan pedang samurai..Jitu, sangat ringan dan kukuh tetapi amat mahal selalunya untuk kereta prestasi tinggi.. boleh cecah hingga RM5000 per rim (bukan satu set!)..

Teknik Cold Forging..
Video beza replica dan original....


Untuk maklumat selanjut boleh pergi website rim berikut...
enkei
ssr
advanti
rota wheels- kalau ada gambar kereta sendiri boleh test rim yg ada masyuk tak..
volks racing
wheelbasealloys
ori rota wheels- buatan Filipina
wedssport rims...
Artikel menarik tentang rim alloy ---> torque cars