Monday 30 July 2012

Harga kereta Malaysia? Jepun? Kos ownership??

Ramai beranggapan harga kereta di Malaysia perlu semurah di Jepun, tapi adakah kos pemilikan di Jepun murah??
Di Jepun, kereta di kategori dua jenis yang mempunyai kos pemilikan yang berbeza iaitu plet putih dan plet kuning... Plet putih kereta saiz biasa dan plet kuning saiz kecil/sempit, cc kecil dan hanya digunakan dalam bandar sahaja ( cth Mira, Kenari, Kelisa)...
Katalah kereta plet putih dibeli.. harga standard kereta baru terendah 1juta yen..Cukai beli kereta 5% - 50,000 yen. Shaken, kos pemeriksaan kereta 120,000 yen(boleh up lagi), Insurans Liabiliti 30,000 yen, cukai jalan 30,000 yen,  cukai berdasarkan berat kereta dalam 50,000 yen, daftar nama- 10,000 yen . Total lebih kurang 1,290,000 yen.. lebih kurang RM51,987( 1yen= RM0.0403). Sebelum boleh daftar kereta kena buktikan ada tempat untuk parking.. Kos-kos lain minyak dalam 110yen (RM4.43), parking luar antara 100-500 yen sejam (RM4-20 sejam), tol ikut tempat dan maintenance dalam 20000 yen setahun.. Shaken perlu dilakukan setiap dua tahun sekali... Untuk kereta berusia lebih 10 tahun mini shaken perlu dilakukan antara tahun shaken..lebih kurang setiap tahun ada pemeriksaan ler... Anyway industri kereta adalah antara industri utama di Jepun...
Kita nantikan saja bila duti eksais diturunkan adakah akan ada kos lain di Malaysia nanti...